Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

Teroka Bangunan Warisan Sejarah Di Seremban

1. Stesen Keretapi Seremban Tersenarai antara stesen kereta api tertua di Tanah Melayu, Stesen Keretapi Seremban ini dibina sekitar 1904 hingga 1910 menggunakan kos RM26,000. Menjadi pengangkutan utama ketika itu, pengendalian dan pengurusan kereta api kemudian diambil alih Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (kini Keretapi Tanah Melayu Berhad) pada 1948. Struktur stesen kereta api ini masih mengekalkan binaan asal yang ringkas sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutama mereka yang gemar mencari elemen warisan. 2. Bank Simpanan Nasional Seremban Pada tahun 1897 bangunan ini merupakan Pojabat Lembaga Pembersihan dan Jabatan Agama Negeri. Semasa pendudukan jepun bangunan ini merupakan pojabat risikan polis jepun waktu itu, (KEMPITAI) selepas itu diambil alih oleh pihak berkuasa tempatan selepas perang dunia ke 2. Bangunan ni duhulu pernah dijadikan Pejabat Majlis Bandaran Seremban ( MBS) sekarang ni bangunan ini telah dijadikan Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional Negeri Sembilan. 3. Balai...

Alkisah 3 Gunung Di Negeri Sembilan

  1. Gunung Datuk Gunung Datuk merupakan sebuah gunung terletak di antara Batang Nyamor,  Rembau  dan Kuala Johol,  Kuala Pilah ,  Negeri Sembilan ,  Malaysia , berketinggian setinggi 884  meter  (2,900.26 kaki). Bersama dengan  Gunung Tampin , gunung ini merupakan salah satu dua gunung di penghujung selatan  banjaran Titiwangsa . Tambahan lagi, kedua-dua gunung tersebut adalah sebahagian daripada laluan  Trans-Naning . Puncak berbatu  granit  di Gunung Datuk Gunung Datuk juga menyimpan seribu satu kisah sejarah kerana di atas batu puncak gunung itu dikatakan terdapat kesan tapak kaki Hang Tuah. Mengikut sejarah, kesan Ekspedisi Pamalayu pada tahun 1275 antara Kerajaan Singasari  di Jawa ke Kerajaan Dharmasraya di Sumatera menyebabkan pembukaan lima kerajaan tua di Negeri Sembilan, termasuk Kerajaan Prabu yang lokasinya kini terletak di Gunung Datuk. Perlu diingatkan, mengikut cerita orang dulu-dulu, puncak Gunun...

10 Tempat Makan Yang 'Must Try' Di Seremban..

  1 . Restoran Selera Nogori Restoran Selera Nogori is a delicious and affordable place to eat in N9. The food is tasty and there are many side dishes to choose from. The recommended dishes to try are the grilled mackerel, asam pedas, masak lemak dgg, and lemak perut rebung. The only downside is that the asam drink is slightly lacking compared to before. It is suggested to come early to see all the choices of food, as it can get crowded quickly. Overall, it is a great place to bring your family for a satisfying meal with a wide variety of options and reasonable prices. Alamat:602&603, Jalan Haruan 4/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu Operasi:Isnin-Khamis: 7:00 Pagi – 4:30 Petang, Jumaat-Ahad: 7:00 Pagi – 5:00 Petang Nombor Telefon:+60132533334 2. Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd mempunyai makanan dan minuman yang terbaik. Menu yang disarankan adalah nasi putih, tomyam seafood, sotong bakar, ...

Senarai Suku Di Negeri Sembilan..

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan..   Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu: 1. Tanah Datar 2. Batu Hampar 3. Seri Lemak (Solomak Minang) 4. Anak Melaka 5. Mungkal 6. Payakumbuh 7. Seri Melenggang 8. Tigo Batu 9. Tigo Nenek 10. Anak Aceh 11. Batu Belang 12. Biduanda Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari su...

3 Tempat Aktiviti Lasak di Negeri Sembilan..

  Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda destinasi aktivi lasak yang menarik di  Negeri  Sembilan.  Sambil itu mudah untuk kita rancang sekali percutian dan jelajah tempat-tempat  menarik yang ada di Negeri Sembilan. 1. X-Park Sendayan Mencari tempat aktiviti lasak sambil boleh santai-santai dari panas boleh cuba aktiviti di  @X-Park Sendayan .  Antara aktiviti hujung minggu di X-Park Sendayan, Bandar Sri Sendayan. Ada juga litar go-kart, paint ball, futsal, buggy dan archery. Boleh dikatakan semuanya lengkap kerana berada di kawasan strategik Bandar Sri Sendayan dengan kawasan seluas 34 ekar dan terdapat 18 aktiviti reakrasi lain termasuklah club house dan driving range golf. Anda boleh datang ke alamat ini : Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan,  71950 Siliau,  Negeri Sembilan Tel : 017-447 3913 2. Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort Nak rasa pengalaman mencabar boleh ke  Atv Kg Jkin Extreme Park  /...

6 Air Terjun Best Di Negeri Sembilan

  A ir terjun yang indah dan sesuai untuk beriadah, ternyata juga bermanfaat untuk  kesihatan. Kelebihannya adalah seperti meneutralkan ion dalam tubuh badan dan  juga menambahkan ion positif untuk kesihatan diri. Mari kita baca di mana letaknya  air terjun yang menarik untuk dikunjungi. Hutan Lipur Lata Kijang   Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit.Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang. Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli. Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang. Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna. Hutan Lipur Jeram Kedah Air Terjun Jeram...