Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda destinasi aktivi lasak yang menarik di Negeri
Sembilan. Sambil itu mudah untuk kita rancang sekali percutian dan jelajah tempat-tempat
menarik yang ada di Negeri Sembilan.
1. X-Park Sendayan
Mencari tempat aktiviti lasak sambil boleh santai-santai dari panas boleh cuba aktiviti di @X-Park Sendayan.
Antara aktiviti hujung minggu di X-Park Sendayan, Bandar Sri Sendayan. Ada juga litar go-kart, paint ball, futsal, buggy dan archery.
Boleh dikatakan semuanya lengkap kerana berada di kawasan strategik Bandar Sri Sendayan dengan kawasan seluas 34 ekar dan terdapat 18 aktiviti reakrasi lain termasuklah club house dan driving range golf.
Anda boleh datang ke alamat ini :
Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan,
71950 Siliau,
Negeri Sembilan
Tel : 017-447 3913
2. Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort
Tel : 017-447 3913
2. Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort
Nak rasa pengalaman mencabar boleh ke Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort bermain Atv di dalam hutan. Sekarang mereka mempromosikan sukan lasak dengan harga yang menarik termasuk flyingfox.
Nak menginap di sini pun boleh sebab mereka menyediakan rumah-rumah pokok dan chalet untuk bermalam. Kalau ramai-ramai memang menarik, nak buat team building dan event pun boleh kat sini.
Boleh kunjungi dengan alamat dibawah:
Kampung Jkin Resort
361, 70400, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 011-2089 3883 / 017-883 3674
3. Uncle Wong Happy Farm
Aktiviti lasak bermain ATV juga menarik di 欢乐农场 Uncle Wong Happy Farm yang terletak di Lukut, Negeri Sembilan. Memang padu aktiviti ATV lasak kali ini hinggakan masuk lopak-lopak air dah ladang kelapa sawit.
Selain itu boleh ambil package siap dengan aktiviti air seperti padel bot, banana boat dan kayak.
Spot bergambar pun banyak untuk anda bergambar sakan.
Siapa yang berminat nak datang ke sini saya lampirkan alamat di bawah:
Sri Parit, Lukut Port Dickson
Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut,
Negeri Sembilan
Tel : 011-6339 2188
Mari la beramai ramai kunjungi tempat Outdoor Aktiviti yang ada di Negeri Sembilan..
Comments
Post a Comment