Skip to main content

Senarai Suku Di Negeri Sembilan..

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan.. 


Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu:

1. Tanah Datar
2. Batu Hampar
3. Seri Lemak (Solomak Minang)
4. Anak Melaka
5. Mungkal
6. Payakumbuh
7. Seri Melenggang
8. Tigo Batu
9. Tigo Nenek
10. Anak Aceh
11. Batu Belang
12. Biduanda

Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun.

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Kemudian, datanglah orang-orang dari luar dan membentuk suku-suku mereka di Negeri Sembilan.



Suku dan Perut


Masyarakat melayu kat Negeri Sembilan ni akan dikelaskan mengikut suku yang akan diwarisi dari nenek moyang diorang, ada 12 suku yang ada kat Negeri sembilan yang pertama Biduanda ,Batu Hampar, Mungkal, Sri Lemak, Paya Kumboh, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan Tiga Batu. Semua suku ni akan diturunkan dari suku  Ibu diorang dan bukan mengikut dari suku ayah diorang dan sebab itulah dipanggil "Perut", suku akan dikelaskan melalui Perut bukan dari perut boroi ke leper ke 6 pax ke tau heehe.  

Katakan lah ayahnya dari suku sri lemak dan berkahwin dengan orang luar contoh dari K.L la kan dan tiada kena mengena dengan suku sakat semua ni, maka anaknya akan habis sukunya..kira dah habis la suku tu..ilek zero kosong, dan boleh berkahwin mana-mana suku pon tanpa terikat dengan Adat Perpatih itu .


Melainkan ibunya berkahwin sesama orang Nogori dan lain suku maka suku anaknya itu adalah dari ibunya a.k.a Perut. Contoh ibu Paya Kumboh ayahnya Tiga Batu so anaknya adalah Paya Kumboh lah. Pantang larang kahwin sesama suku ni sangat kuat dan amat dilarang, sebab tu kalau kita nak kahwin dengan orang Nogori ada "Orang Lama" yang akan tanya kita ni asal usul dari mana, silap-silap sesama suku meraunglah bakal pengantin takleh kahwin. :)


Kalau katalah jadi kahwin sesama suku kat Negeri Sembilan ni walau pon dibantah keras kerana adat yang dipegang maka hasil dari perkahwinan a.k.a "Anak" yang akan dilahirkan menjadi cacat dan tak sempurna, dan berkemungkinan jodoh tidak akan berpanjangan, Wallahualam. Jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah bukan kita yang tentukan.





Agak pening jugak nak main-main dengan suku ni..sebab Adat Perpatih ni sangatlah istimewa bagi aku sebab unik dan takde kat mana-mana Negeri lain kat Malaysia ni, dan adat yang dipegang seringkali disalah erti dan ramai yang tak faham dengan adat nogori ni...sebenarnya adat ni kalau dalam erti sebenar adelah Law ataupon Undang-undang yang dibuat oleh Negeri Sembilan dan adat dari Minangkabau.


Walaupon suku yang dipegang oleh Abah aku dah habis kat aku dan adik beradik (suku Sri Lemak ), kira aku pon dah bebas dari suku ni sebab Abah aku kahwin dengan mak aku dari Selangor tapi aku still bangga aku ada darah orang Nogori walaupon Perut dah takde, Tapi Atok cakap aku still buleh tumpang suku Abah aku lagi dan aku pon terus lost tak faham sebab cerita suku dari dia ni tak habis aku tanya dia nak blah haha....


Melainkan haaa ada lagi melainkan tu..hehe melainkan aku kahwin dengan gadis dari Negeri Sembilan dan anak aku akan terus mewarisi legasi suku ibunya....
Jadi aku akan terus explore tentang Suku dan Adat Perpatih ni, sangat best.



Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati

Comments

Popular posts from this blog

Pasar Malam Yang Menarik Di Seremban..

Pasar Malam di daerah Seremban menawarkan pelbagai juadah yang membuka selera anda. Ratusan jenis menu yang disediakan akan membuatkan anda terpesona dengan keunikkan makanan dan warisan rasa dari turun temurun. Apalagi , jadikan melawat Pasar Malam ini sebagai senarai lawatan anda ke Bandar Seremban. Menjual pelbagai jenis makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan segar, ayam segar, buah-buahan tempatan pakaian harian dan lain-lain. Mungkin ada antara anda yang baru sahaja berpindah ke Seremban tahun ini mungkin atas sebab kerja, belajar atau singgah di sini buat sementara tapi tak tahu lokasi pasar malam. Kat sini ada senarai pasar malam yang best area  Seremban.. Lokasi Tapak Hari Operasi Taman Ampangan Isnin Taman Jujur Taman Kelab Tuanku Taman Rasa Sayang Jalan Tuanku Antah (Depan JKR Workdshop) Jalan Tun Dr. Ismail (Taman Makmur) ___________________________________________________________________ Bandar Baru Ampangan Selasa Taman Rasah Jaya Fasa 1 Surau Garden Jomes...

Kraftangan Tradisional Negeri Sembilan

  Di Negeri Sembilan, ada pelbagai kraftangan tradisional yang unik dan menarik. Antaranya: Anyaman: Menggunakan bahan seperti mengkuang, rotan, dan bambu untuk buat barangan macam tikar dan bakul. Tepak Sirih: Bekas tradisional yang cantik dihiasi dengan ukiran untuk letak daun sirih. Tembikar Labu Sayong: Tembikar unik berbentuk labu yang digunakan untuk simpan air. Tenunan Adat Minangkabau: Kain tenunan warna-warni dengan corak unik yang digunakan dalam upacara adat. Songket: Kain berhias benang emas atau perak yang cantik untuk baju rasmi dan majlis perkahwinan. Ukiran Kayu: Seni ukiran kayu yang memperlihatkan keindahan alam semula jadi dan budaya tempatan. Senjata Tradisional: Macam keris dan parang yang mempunyai reka bentuk dan hiasan istimewa. Batik Lukis: Kain batik dengan corak dan warna cerah yang digunakan dalam pakaian tradisional dan kontemporari. Alat Muzik Tradisional: Seperti caklempong dan rebana untuk persembahan muzik dan tarian tradisional. Kraftangan...