Skip to main content

Teroka Bangunan Warisan Sejarah Di Seremban


1. Stesen Keretapi Seremban


Tersenarai antara stesen kereta api tertua di Tanah Melayu, Stesen Keretapi Seremban ini dibina sekitar 1904 hingga 1910 menggunakan kos RM26,000.

Menjadi pengangkutan utama ketika itu, pengendalian dan pengurusan kereta api kemudian diambil alih Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu (kini Keretapi Tanah Melayu Berhad) pada 1948.

Struktur stesen kereta api ini masih mengekalkan binaan asal yang ringkas sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutama mereka yang gemar mencari elemen warisan.



2. Bank Simpanan Nasional Seremban

Pada tahun 1897 bangunan ini merupakan Pojabat Lembaga Pembersihan dan Jabatan Agama Negeri. Semasa pendudukan jepun bangunan ini merupakan pojabat risikan polis jepun waktu itu, (KEMPITAI) selepas itu diambil alih oleh pihak berkuasa tempatan selepas
perang dunia ke 2.
Bangunan ni duhulu pernah dijadikan Pejabat Majlis Bandaran Seremban ( MBS) sekarang ni bangunan ini telah dijadikan Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional Negeri Sembilan.



3. Balai Polis Seremban

Pasti ramai tidak menyangka deretan kedai di gerbang utama Sungei Ujong Walk di Jalan Yamtuan sebenarnya bangunan bersejarah, balai Polis lama Seremban.

Memiliki ciri seni bina British seperti kebanyakan tinggalan balai polis lama di bandar lain, pelancong pastinya tidak melepaskan peluang untuk menghayati nostalgia warisan ini.

Berdekatan Sungai Ujong Walk, pelancong turut berpeluang menghayati gaya kehidupan masyarakat setempat yang sederhana.



4. Masjid Jamek Seremban

Dibina pada 1900, Masjid Jamek Seremban antara masjid tertua di Negeri Sembilan memiliki ciri seni bina menyerupai bangunan yang ada di Melaka.

Sekiranya berpeluang bercuti ke Negeri Sembilan, persinggahan ke masjid bersejarah ini pastinya menjadi percutian lebih bermakna.


Mari dan lihat sendiri bangunan sejarah ini di Seremban..

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Suku Di Negeri Sembilan..

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan..   Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu: 1. Tanah Datar 2. Batu Hampar 3. Seri Lemak (Solomak Minang) 4. Anak Melaka 5. Mungkal 6. Payakumbuh 7. Seri Melenggang 8. Tigo Batu 9. Tigo Nenek 10. Anak Aceh 11. Batu Belang 12. Biduanda Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari su...

Pasar Malam Yang Menarik Di Seremban..

Pasar Malam di daerah Seremban menawarkan pelbagai juadah yang membuka selera anda. Ratusan jenis menu yang disediakan akan membuatkan anda terpesona dengan keunikkan makanan dan warisan rasa dari turun temurun. Apalagi , jadikan melawat Pasar Malam ini sebagai senarai lawatan anda ke Bandar Seremban. Menjual pelbagai jenis makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan segar, ayam segar, buah-buahan tempatan pakaian harian dan lain-lain. Mungkin ada antara anda yang baru sahaja berpindah ke Seremban tahun ini mungkin atas sebab kerja, belajar atau singgah di sini buat sementara tapi tak tahu lokasi pasar malam. Kat sini ada senarai pasar malam yang best area  Seremban.. Lokasi Tapak Hari Operasi Taman Ampangan Isnin Taman Jujur Taman Kelab Tuanku Taman Rasa Sayang Jalan Tuanku Antah (Depan JKR Workdshop) Jalan Tun Dr. Ismail (Taman Makmur) ___________________________________________________________________ Bandar Baru Ampangan Selasa Taman Rasah Jaya Fasa 1 Surau Garden Jomes...

6 Tempat Cendol Best di Negeri Sembilan

  Cendol adalah pencuci mulut yang sangat popular di Malaysia, dan anda boleh menikmatinya di pelbagai tempat di Negeri Sembilan. Berikut adalah beberapa tempat yang terkenal dengan cendol mereka di Negeri Sembilan: Cendol Pak Arab, Lukut : Terletak di Lukut, Port Dickson, Cendol Pak Arab terkenal dengan cendolnya yang segar dan santannya yang pekat. Cendol Klang Gate, Port Dickson : Terletak berhampiran dengan Taman Tasik Lukut, Cendol Klang Gate adalah destinasi yang popular untuk menikmati cendol yang menyegarkan. Cendol Tepi Jalan, Seremban : Terdapat pelbagai gerai cendol tepi jalan di Seremban yang menawarkan cendol yang lazat. Anda boleh mencari gerai-gerai ini di sepanjang jalan-jalan utama bandar Seremban. Gerai Cendol Warisan , Kampung Baru Rasah, Seremban: Gerai ini terkenal dengan cendol tradisional yang segar dan santan yang pekat. Ramai pengunjung sering berhenti di sini untuk mencicipi cendolnya yang enak. Restoran Rasamas , Seremban 2: Restoran ini terkenal dengan h...