Air terjun yang indah dan sesuai untuk beriadah, ternyata juga bermanfaat untuk
kesihatan. Kelebihannya adalah seperti meneutralkan ion dalam tubuh badan dan
juga menambahkan ion positif untuk kesihatan diri. Mari kita baca di mana letaknya
air terjun yang menarik untuk dikunjungi.
Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit.Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang. Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli.
Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang. Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.
Air Terjun Jeram Kedah terletak antara Lenggeng dan Semenyih di Hutan Simpan Lenggeng. Pengunjung boleh ikut laluan dari Kajang menuju ke selatan, Sememyih dan belok kiri untuk ke Lenggeng.Sebelum anda mencapai Ulu Berenang, anda akan melihat jalan untuk Kg Jeram Kedah. Ikut jalan ini melalui kawasan desa yang indah dan permai sehingga ke penghujung kampung.
Air terjun ini terus mengalir menjadi Sungai Beranang yang mana Sungai beranang ini berpunca dari Bukit Ulu Beranang yang mempunyai ketinggian 2654 kaki dari aras laut.
Satu lagi kawasan air terjun menarik di Negeri sembilan ialah Jeram Tebrau yang terletak di Labu. Lokasi air terjun ini berhampiran dengan Homestay Kampung Pelegong.
Perjalanan dari pusat bandar Seremban mengambil masa hampir 17 minit untuk tiba ke destinasi. Ia agak kurang terkenal berbanding Jeram Toi dan Ulu Bendul.
Hutan Lipur Jeram Toi terletak di dearah Jelebu, Negeri Sembilan. Jarak dari pekan Jelebu adalah 15Km dan 25KM dari Bandar Seremban. Kedudukannya di kawasan berbukit dalam hutan simpan Berembun.
Apa yang menarik di hutan lipur ini adalah air terjunnya yang bertingkat-tingkat iaitu tujuh tingkat. Disebabkan lokasi hutan lipur ini di kawasan pedalaman, bilangan pengunjung tidak begitu ramai.
Satu lagi tempat pelancongan menarik di Negeri Sembilan ialah Hutan Lipur Ulu Bendul yang terletak di Daerah Kuala Pilah. Ianya merupakan kolam buatan manusia yang mana airnya datang daripada sungai batang Terachi.
Kedudukan di pinggir Hutan Simpan Angsi, namun bersebelahan jalan utama iaitu di Kilometer 20 Jalan Seremban-Kuala Pilah, 18 kilometer dari bandar Seremban, menjadikannya unik kerana boleh diakses semua jenis kenderaan. Jadi anda tidak akan ada masalah untuk sampai ke hutan lipur ini.
Hutan Lipur Serting Ulu adalah satu daripada pelbagai tempat menarik di daerah Jempol, Negeri Sembilan yang wajar dilawati.Ia terletak di bahagian Utara kira-kira 20 kilometer dari Bahau dan kawasan ini mula dimajukan pada 1986. Ianya juga telah menjadi tempat menarik di Jempol, Negeri Sembilan.
Hutan Lipur Serting ulu atau lebih dikenali sebagai Jeram Serting Ulu sering kali menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda.
Jeram Serting Ulu yang terletak di hujung Kampung Serting Ulu telah dijaga dengan baik oleh penduduknya sehinggakan kehadiran pengunjung tidak pernah putus
Comments
Post a Comment