1. Gunung Datuk
Gunung Datuk merupakan sebuah gunung terletak di antara Batang Nyamor, Rembau dan Kuala Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia, berketinggian setinggi 884 meter (2,900.26 kaki).
Bersama dengan Gunung Tampin, gunung ini merupakan salah satu dua gunung di penghujung selatan banjaran Titiwangsa. Tambahan lagi, kedua-dua gunung tersebut adalah sebahagian daripada laluan Trans-Naning.
Gunung Datuk juga menyimpan seribu satu kisah sejarah kerana di atas batu puncak gunung itu dikatakan terdapat kesan tapak kaki Hang Tuah.
Mengikut sejarah, kesan Ekspedisi Pamalayu pada tahun 1275 antara Kerajaan Singasari di Jawa ke Kerajaan Dharmasraya di Sumatera menyebabkan pembukaan lima kerajaan tua di Negeri Sembilan, termasuk Kerajaan Prabu yang lokasinya kini terletak di Gunung Datuk.
Perlu diingatkan, mengikut cerita orang dulu-dulu, puncak Gunung Datuk merupakan lokasi pertapaan bagi mendapat ilmu putih (ilmu baik). Manakala, puncak Gunung Gagak yang juga berada tidak jauh dari lokasi berkenaan merupakan lokasi pertapaan bagi mendapatkan ilmu hitam.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi Gunung Gagak kerana kebanyakan kes sesat membabitkan individu yang terpesona dan tersasar menuju ke gunung berkenaan.
Ikut cerita orang dulu-dulu, ada juga kes orang tak pulang-pulang lepas ke pintu masuk Gunung Gagak yang merupakan kawasan mata air di tapak kaki puncak yang membezakan dua laluan - ke Gunung Datuk dan Gunung Gagak.
Jadi orang ramai yang mendaki Gunung Datuk dinasihatkan untuk tidak terlalu suka dan menjaga niat mereka supaya tidak ‘terpanggil’ ke Gunung Gagak. Ada yang terdengar bunyi deruan air atau diajak seorang orang tua ke sana (Gunung Gagak).
kewujudan kesan sebelah tapak kaki yang didakwa kepunyaan Hang Tuah di atas puncak Gunung Datuk berkenaan menjadikan lokasi puncak gunung semakin menarik untuk dikunjungi.
Bagaimanapun, katanya, sesiapa sahaja yang pernah sampai dan cuba bergambar di tapak kaki berkenaan pasti akan tertanya-tanya, mengapa saiz tapak kaki itu seperti saiz tapak kaki mereka.
Antara persoalan yang pasti akan terlintas di hati pengunjung ialah saiz badan Hang Tuah. Betulkah ia benar-benar milik tapak kaki Hang Tuah? Saya tak pernah kaji kebenarannya, namun perlu diingatkan tiada manusia yang boleh menghasilkan kesan tapak kaki di batu sebaik melangkah.
“Oleh itu, memikirkan logiknya bukan saiz badan yang membuatkan kesan tapak kaki berkenaan tetapi ketinggian ilmu yang dimiliki pemilik kesan tapak kaki berkenaan.
Sebelah tapak kaki Hang Tuah itu dikatakan berada di puncak Gunung Datuk, manakala sebelah lagi terdapat di Tanjung Tuan.
Tetapi masih ada sejarah yang tersembunyi dan belum terungkai kerana tapak kaki berkenaan juga ada didapati pada batu di salah sebuah sekolah di daerah Rembau.
2. Gunung Besar Hantu
Gunung Besar Hantu merupakan sebuah gunung yang terletak di Mukim Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan negeri Pahang, berketinggian setinggi 1,462 meter.
Semasa zaman Darurat, pihak komunis dipercayai menggunakan 'laluan tikus' di kaki gunung tersebut bagi menyusup masuk ke Negeri Sembilan dan Pahang. Denai tersebut masih kelihatan hingga hari ini, menyusuri sungai yang berliku melalui lembah dan kadang-kala digunakan oleh pendaki gunung riadah yang mendaki gunung tersebut. Perjalanan berjalan kaki melalui denai hutan ini yang menyambungkan bahagian barat di sebelah Negeri Sembilan dengan Janda Baik, Pahang di sebelah timur mengambil masa sekitar dua hari. Kawasan gunung dan hutan sekitarnya telah digazet oleh kerajaan sebagai hutan simpan.
Gunung Angsi ialah sebuah gunung yang terletak di antara Ulu Bendul, Kuala Pilah dan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian.Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.
Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari puncak Gunung Angsi, pendaki boleh menikmati pemandangan kawasan bandaraya Seremban dan juga gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan denai hutan,[di tambah dengan laluannya yang amat mencabar.
Hutan Hulu Bendul merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, damar hitam, dan pokok mersawa.
Gunung ini diceritakan menempatkan seorang ketua suku bernama Dato' Paroi yang mampu menjelma menjadi seekor harimau jadian malah menjadi penghulu kepada semua harimau yang berkeliaran di Negeri Sembilan; gunung ini dikatakan menjadi tempat semua ekor harimau ini bertumpu untuk berguru silat dan mengaji dengannya. Ia pernah menjadi tempat keramat dikunjungi orang Melayu dan Cina setempat memberi hadiah penghormatan kepadanya pada abad ke-19.
Pada sape yang free boleh mendaki antara gunung yang best di Negeri Sembilan ini..
Comments
Post a Comment