Skip to main content

Mengintai Dari Deruan Ombak..

 'Don't Wait Any Longer, Dive In The Ocean. Leave And Let The Sea Be You"

-RUMI-

Kali ni saya story sikit pengalaman diving pulak..Jommmm



Saya sebenarnya takut air, tapi beranikan diri jugak nak dapatkan lesen diving😁.
Masa ni RHB buat kolaborasi dengan UMT untuk Malaysia Book Of Record for Most Participants In a Simultaneous Scuba Diving. 
Kami pergi ke Pulau Bidong selama 4 hari untuk latihan dan ujian untuk dapatkan lesen.

Masa sampai teruja sangat,tengok laut tenang dan pulau pun bersih. Yang paling penting makanan dekat kantin pulau tu sedappppp.


Dekat sini saya belajar teori dan praktikal. Ada ujian teori tau kena lulus jugak😂..
Lepas tu dive master akan ajar cara kendali tangki oksigen , bernafas guna gugel, macamna nak pakai BCD (Bouyancy Control Device).

Day 1 and day 2 tak de la bawa tempat dalam hanya setakat 5 ke 7 meter saja.Tapi itu dah dalam bagi saya..seram jugak lah. Kita belajar cara rescue diver sekiranya ada kecemasan. Dekat sini saya mengalami hidung berdarah selepas naik permukaan,dive master kata itu biasa terjadi dan akan kembali normal.


Yang ni pic selepas tamat sesi praktikal,esoknya nak masuk ke tempat lagi dalam 10 ke 15 mtr pulak.Waktu diving kita ada buddy,so kita tidak boleh tinggalkan buddy kita. Maksudnya kita jaga sesama kita. Sebab apabila dalam laut kita tak boleh bercakap dan pergerakan perlahan serta pandangan terhad.

Waktu malam selepas teori class, kami selalu nya free and easy. Ada yang terus tidur ada yang sembang.
Tapi saya menunggu sesuatu...JENG...JENG...JENG

Bagai bulan jatuh ke riba, yang ditunggu tunggu muncul jua..


Melihat proses dari awal penyu naik, cara gali lubang , bertelur , kambus semula dan kembali ke laut. Satu proses yang lama dan ini pengalaman yang tak akan saya lupakan. Saya baru tahu penyu akan menggali 2 lubang untuk penyamaran dari pemangsa. Keesokkan harinya kami gali semula untuk tempatkan telur telur penyu ni di Chagar Hutang Turtle Sanctuary. Dalam masa 45 ke 60 hari telur tersebut akan menetas. 

Kawan saya ada share video telur penyu yang saya kutip telah menetas. Macam jadi my BABY pulak rasanya😍😍


Welcome to the world baby.. take care tau masa dekat laut nanti 💓
Ok, sambung balik pasal dive 😂


 Last dive kami turun ke tempat yang dalam (15 ke 18 mtr) menggunakan tali anchor.
Waktu ni masa kedalamaan 8 atau 9 mtr telinga saya mula sakit,so saya perlu berhenti dan naik sedikit untuk picit hidung dan hembus supaya tekanan kembali normal.
Alhamdulillah saya dapat turun dengan jayanya😁. TETAPI, kena hati hati dengan obor obor,saya dapat juga lah sedikit ciuman dari libasan ekornya..aarrgghhh..sakit perit tak tahu nak kata.
Sampai dekat pantai dive master terus sapu cuka bagi hilang bisa.

PERASAAN???
Sewaktu turun, hati takut sesat dekat dalam laut, bila da sampai TERUJA tengok keindahan dalam laut , terumbu karang , pelbagai ikan, monument yang ada di dasar laut tu , hilang rasa takut. Scenery dalam laut jauh berbeza dengan darat. Amazing!!!

 



Saya dengan buddy dan dive master sempat bergambar. Next time saya perlu ada Gopro sendiri baru puas hati bergambar😂😂..



Ni da habis latihan dan lulus ujian. Punya la happy masa ni. Tapi penangan sunburn tak boleh nak kata lah. Orang lain keluar laut muka penat, tapi saya tetap nak posing jugak😂😂

 
Jadi sekarang saya da ada lesen diving..boleh la explore tempat lain pula lepas ni.
Banyak keindahan dan rahsia dalam laut ni untuk kita teroka. 

Ok la guys, see you my next post.. tq sudi baca ya.





















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Senarai Suku Di Negeri Sembilan..

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan..   Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu: 1. Tanah Datar 2. Batu Hampar 3. Seri Lemak (Solomak Minang) 4. Anak Melaka 5. Mungkal 6. Payakumbuh 7. Seri Melenggang 8. Tigo Batu 9. Tigo Nenek 10. Anak Aceh 11. Batu Belang 12. Biduanda Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari su...

Pasar Malam Yang Menarik Di Seremban..

Pasar Malam di daerah Seremban menawarkan pelbagai juadah yang membuka selera anda. Ratusan jenis menu yang disediakan akan membuatkan anda terpesona dengan keunikkan makanan dan warisan rasa dari turun temurun. Apalagi , jadikan melawat Pasar Malam ini sebagai senarai lawatan anda ke Bandar Seremban. Menjual pelbagai jenis makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan segar, ayam segar, buah-buahan tempatan pakaian harian dan lain-lain. Mungkin ada antara anda yang baru sahaja berpindah ke Seremban tahun ini mungkin atas sebab kerja, belajar atau singgah di sini buat sementara tapi tak tahu lokasi pasar malam. Kat sini ada senarai pasar malam yang best area  Seremban.. Lokasi Tapak Hari Operasi Taman Ampangan Isnin Taman Jujur Taman Kelab Tuanku Taman Rasa Sayang Jalan Tuanku Antah (Depan JKR Workdshop) Jalan Tun Dr. Ismail (Taman Makmur) ___________________________________________________________________ Bandar Baru Ampangan Selasa Taman Rasah Jaya Fasa 1 Surau Garden Jomes...

6 Tempat Cendol Best di Negeri Sembilan

  Cendol adalah pencuci mulut yang sangat popular di Malaysia, dan anda boleh menikmatinya di pelbagai tempat di Negeri Sembilan. Berikut adalah beberapa tempat yang terkenal dengan cendol mereka di Negeri Sembilan: Cendol Pak Arab, Lukut : Terletak di Lukut, Port Dickson, Cendol Pak Arab terkenal dengan cendolnya yang segar dan santannya yang pekat. Cendol Klang Gate, Port Dickson : Terletak berhampiran dengan Taman Tasik Lukut, Cendol Klang Gate adalah destinasi yang popular untuk menikmati cendol yang menyegarkan. Cendol Tepi Jalan, Seremban : Terdapat pelbagai gerai cendol tepi jalan di Seremban yang menawarkan cendol yang lazat. Anda boleh mencari gerai-gerai ini di sepanjang jalan-jalan utama bandar Seremban. Gerai Cendol Warisan , Kampung Baru Rasah, Seremban: Gerai ini terkenal dengan cendol tradisional yang segar dan santan yang pekat. Ramai pengunjung sering berhenti di sini untuk mencicipi cendolnya yang enak. Restoran Rasamas , Seremban 2: Restoran ini terkenal dengan h...