"It's Not About Winning,It's About Finishing. That What Makes Us Great"
-Meb Kelezigni-
Hye lama baru ada masa nak update dekat sini..ni pun curi curi masa kat ofis..Nak cerita sikit minat saya dengan larian ..
Saya mula join larian ni since 2018,dulu saya agak berisi jugak so bila nak kurus join la kawan kawan yang masuk larian.
Mula mula join memang saya just jalan je tengok tengok view,tengok gelagat orang,borak borak je..😂lari pun sekadar join 'fun run' saje
Tapi niat untuk turunkan berat tu membara..dulu berat hampir 90kg bila join larian turun jugak sampai 62kg😍
Ni posing selepas berlari,walaupun penat tak tahu nak kata gambar tetap kena cantik🤣.
Yang melompat tu lagi lah,entah berpa kali take pun tak pasti..dah la lutut nak tercabut lepas berlari timbul pula idea nak gambar melompat.
Kalau korang pandai cuba teka mana 1 saya??😊
Tu koleksi pingat yang dapat..Masa ni berat da turun ke 62kg seronok tak terkata.. berkat usaha dan penat lelah..tu yang senyum lebar😁
Ada masa kita ajak juga anak anak join fun run,untuk bagi dorang pengalaman,kalau tak asyik tengok tv dan handphone saje..
Adakalanya,ibunya penat berganda pula bila anak da tak larat terpaksa la berdukung🤣.
Acara larian ni kita memang boleh buat riadah bersama keluarga..ambil la jarak untuk 3km atau 5km..
Selain dapat sihatkan badan dapat jugak eratkan silaturahim..
Jumpa lagi di lain posting.. Selamat Berlari..Bye..
Comments
Post a Comment