"Kita Semua Adalah Rakyat Malaysia Dan Kemerdekaan Inilah Yang Menyatukan Kita, Ingatlah Bahawa Toleransi Adalah Kekuatan Kita Sebagai Rakyat & Bangsa "
-Tunku Abdul Rahman-
Hye Kawan kawan, nak story sikit masa kat Sabah
Waktu ni pergi ke Sabah nak jalan jalan. Pagi lepas sarapan terus ke Jeti Jesselton untuk beli tiket for Island Hoping. Saya pergi 3 pulau which is Manukan Island , Sapi Island dan Mamutik Island. Pantainya cantik dan banyak aktiviti yang boleh kita buat kat sana.
Dalam gambar dan video tu antara yang saya buat. Saya pilih aktiviti Seawalking & Parasailing.
View dalam laut dan atas laut amat menakjubkan😍..korang kena pergi baru tahu😊
Yang ini saya pergi Ke Kundasang pula, Pergi ke restoran Teh Sabah , Kelah Sanctuary, Rumah Terbalik. Sempat juga sewa baju traditional rakyat Sabah..Boleh Bah Kalau Ko😂
Terasa comel pulak dengan topi tu🤣
Stop dekat Nabalu, cuaca sejuk amat..singgah la minum kopi sekejap untuk panaskan badan. Sambil tu snap la pic kejap..klik😁. Malam pula singgah makan dekat HOOGA Cafe. Tempatnya menarik and cosy. Menu pun sedap dan harga berpatutan.
Saya menginap di Mesilau, dapat la view minum kopi sambil memandang Gunung Kinabalu. Syukur dengan nikmat melihat keindahan yang ada. Cuaca memang sejuk dan kebetulan hujan renyai pula.
Tak sah kalau pergi Kundasang tidak singgah ke Desa Dairy Farm. di sini kita boleh melihat lembu tenusu dari jarak dekat. Boleh juga melihat cara mereka memproses susu dan ice cream.
Jangan lupa juga merasa menu yang terkenal kat sini GELATO..must try😋😋
Sebelum balik ke bandar KK, saya singgah juga dekat Kundasang War Memorial..Kena singgah sana tempatnya cantik atas bukit, banyak landskap peninggalan zaman perang dahulu. Simpanan gambar saya da hilang, maaf ya tak dapat pulak nak share. If u go Kundasang make sure this place in your list. The view from the top of the hill is breathtaking❤️
Ini pertama kali merasa suasana sambutan Merdeka di Sabah. Best sangat. Ada juga perarakan dari pelbagai jabatan dan badan beruniform.
Different from Semenanjung, dekat sini ada pelbagai suku kaum membuat perarakan, jadi kita boleh melihat mereka berjalan dengan memakai pakaian traditional mereka. MENARIK!!!!
Saya pula sempat posing dengan cik abg polis sana😂
Sampai sini dulu..next time kita share yang lain pula..bye
Fuh.. Best2
ReplyDeletebest..
ReplyDelete