Skip to main content

Jom Ronda Ambil Angin..Day 2

 "You Dont Stop Riding When You Get Old,You Get Old When You Stop Riding"

-Ashraf Spencer-


Sambungan dari post yang lepas, meh story..



Hujan rahmat turun waktu pagi😊.. Kami singgah sarapan di kedai berdekatan dengan hotel sebelum check out.
Arah kami hari ini ke Mersing dan terus ke Endau Rompin dan balik ke Seremban.
 Pukul 10 pagi kami gerak dengan hati hati sebab hujan masih lebat.

Kami singgah isi minyak di Petronas Kota Tinggi dan meneruskankan perjalanan ke Mersing. Seronoknya waktu tu hujan berhenti dan cuaca mendung. Perjalanan kami redup sahaja dengan pemandangan hijau dari pokok kelapa sawit.




Dalam pukul 12 tengahari kami sampai di Mersing..Syukur cuaca baik. Kami singgah sekejap luruskan pinggang dan menikmati tiupan angin laut dan deruan ombak. Dapat jugak recharge tenaga kami bertiga. Bila segar,kami sambung perjalanan..



Pukul 2 petang kami sampai di Endau Rompin. Yang femesnya disini adalah menu udang galah. Jadi itulah menu kami bertiga. Nasib semua tak ada penyakit GOUT🤣🤣

Banyak warung yang boleh menjadi pilihan anda dekat sini. Rasa pun boleh tahan dan harga pun berpatutan. Bila dah kenyang..mata pulak layu, Pekena Nescafe panas sebelum bergerak balik.



Ni video perjalanan pulang kami..dah menjadi kebiasaan jammed di Kuala Pilah. Terpaksala kami menyelit sana sini😁..

Kami sampai di Seremban dalam pukul 7 malam. Memang best trip kali ni..Banyak pengalaman baru dan view baru untuk di simpan dalam memori hidup. Alhamdulillah perjalanan kami seperti yang dirancangkan dan dipermudahkan. 

Jumpa lagi di post akan datang..nanti saya share lagi..

Lurve..








Comments

Popular posts from this blog

Senarai Suku Di Negeri Sembilan..

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan..   Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu: 1. Tanah Datar 2. Batu Hampar 3. Seri Lemak (Solomak Minang) 4. Anak Melaka 5. Mungkal 6. Payakumbuh 7. Seri Melenggang 8. Tigo Batu 9. Tigo Nenek 10. Anak Aceh 11. Batu Belang 12. Biduanda Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari su...

Pasar Malam Yang Menarik Di Seremban..

Pasar Malam di daerah Seremban menawarkan pelbagai juadah yang membuka selera anda. Ratusan jenis menu yang disediakan akan membuatkan anda terpesona dengan keunikkan makanan dan warisan rasa dari turun temurun. Apalagi , jadikan melawat Pasar Malam ini sebagai senarai lawatan anda ke Bandar Seremban. Menjual pelbagai jenis makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan segar, ayam segar, buah-buahan tempatan pakaian harian dan lain-lain. Mungkin ada antara anda yang baru sahaja berpindah ke Seremban tahun ini mungkin atas sebab kerja, belajar atau singgah di sini buat sementara tapi tak tahu lokasi pasar malam. Kat sini ada senarai pasar malam yang best area  Seremban.. Lokasi Tapak Hari Operasi Taman Ampangan Isnin Taman Jujur Taman Kelab Tuanku Taman Rasa Sayang Jalan Tuanku Antah (Depan JKR Workdshop) Jalan Tun Dr. Ismail (Taman Makmur) ___________________________________________________________________ Bandar Baru Ampangan Selasa Taman Rasah Jaya Fasa 1 Surau Garden Jomes...

6 Tempat Cendol Best di Negeri Sembilan

  Cendol adalah pencuci mulut yang sangat popular di Malaysia, dan anda boleh menikmatinya di pelbagai tempat di Negeri Sembilan. Berikut adalah beberapa tempat yang terkenal dengan cendol mereka di Negeri Sembilan: Cendol Pak Arab, Lukut : Terletak di Lukut, Port Dickson, Cendol Pak Arab terkenal dengan cendolnya yang segar dan santannya yang pekat. Cendol Klang Gate, Port Dickson : Terletak berhampiran dengan Taman Tasik Lukut, Cendol Klang Gate adalah destinasi yang popular untuk menikmati cendol yang menyegarkan. Cendol Tepi Jalan, Seremban : Terdapat pelbagai gerai cendol tepi jalan di Seremban yang menawarkan cendol yang lazat. Anda boleh mencari gerai-gerai ini di sepanjang jalan-jalan utama bandar Seremban. Gerai Cendol Warisan , Kampung Baru Rasah, Seremban: Gerai ini terkenal dengan cendol tradisional yang segar dan santan yang pekat. Ramai pengunjung sering berhenti di sini untuk mencicipi cendolnya yang enak. Restoran Rasamas , Seremban 2: Restoran ini terkenal dengan h...