Skip to main content

Jom Ronda Ambil Angin..Day 1

 "Riding a Motorcycle is Like Flying. All Your Senses Are Alive"

-Hugh Laurie-

Kali ni kita share pulak pasal ride dengan kawan sekolah kita ke Tanjung Piai - JB - Rompin 

Day 1...


Ini peta perjalanan kami sepanjang 2 hari ni. Jarak perjalanan 762km.



Kami hanya bergerak dengan 2 motor sahaja, kawan sekolah serta isterinya.bermula pukul 8 pagi dari Seremban dan terus ke Alor Gajah Melaka untuk menikmati sarapan di kedai Roti Canai Dulang.


Dalam pukul 9 pagi kami sampai di kedai Roti Canai Dulang..memang roti sebesar dulang😂
Banyak menu lain yang ada like mee kari, murtabak, kuih muih dan mee soto, Semuanya sedapppp
Selesai sarapan kami terus ke Yong Peng untuk makan tengahari di Restoran Kambing 40 Hari. Ruginya tak dapat snap pic sebab cuaca tidak mengizinkan..hujan. Selepas makan tengahari kami tunggu sebentar untuk hujan berhenti tetapi tunggu punya tunggu punya tunggu nasib tidak menyebelahi kami, jadi kami ambil keputusan teruskan perjalanan ke Tanjung Piai.




Dalam pukul 430 petang kami sampai di Tanjung Piai dalam keadaan basah kuyup🤣..
sempat la baju kering sekejap sebelum bergambar tetapi hujan semula..kami redha saje.

Tanjung Piai ataupun Taman Negara Johor Tanjung Piai adalah jeti yang menghubungkan 3 negara iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia. Kita dapat melihat 3 benua di atas jeti ni.
Sini ada tempat aktiviti penanaman bakau, boardwalk, menara pemerhati,tapak perkhemahan dan galeri maklumat.

Lokasi unik ini ditandai dengan satu tugu berbentuk bumi yang diperbuat daripada besi.Ianya digelar Penghujung Benua Asia. Menjadi kemestian untuk pelancong yang datang kesini untuk menyimpan memori berlatar belakang pemandangan kapal laut.

Setelah puas bergambar kami singgah sebentar untuk minum kopi sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Baharu..



Sesampainya kami di JB dalam pukul 630, kami terus check in hotel..tetapi kami tidak membuat tempahan lebih awal😂.
Tidak terfikir hotel akan full book. Akhirnya dari 1 hotel ke hotel yang lain sampai la ke hotel yang ke -5 baru kami dapat check in dan mandi. Selepas mandi kami keluar semula untuk berjalan jalan sekitar JB dan cari makan malam ditemani oleh Eiya kawan sesama kerja/belajar. Selesai makan kami balik ke hotel untuk berehat mencari tenaga untuk ride hari esok🤙

Selamat malam semua.. nanti saya sambung dengan Day 2 pula..bye

Comments

  1. nanti repeat lagi datang JB tau... banyak tempat belon explore... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasar Malam Yang Menarik Di Seremban..

Pasar Malam di daerah Seremban menawarkan pelbagai juadah yang membuka selera anda. Ratusan jenis menu yang disediakan akan membuatkan anda terpesona dengan keunikkan makanan dan warisan rasa dari turun temurun. Apalagi , jadikan melawat Pasar Malam ini sebagai senarai lawatan anda ke Bandar Seremban. Menjual pelbagai jenis makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan segar, ayam segar, buah-buahan tempatan pakaian harian dan lain-lain. Mungkin ada antara anda yang baru sahaja berpindah ke Seremban tahun ini mungkin atas sebab kerja, belajar atau singgah di sini buat sementara tapi tak tahu lokasi pasar malam. Kat sini ada senarai pasar malam yang best area  Seremban.. Lokasi Tapak Hari Operasi Taman Ampangan Isnin Taman Jujur Taman Kelab Tuanku Taman Rasa Sayang Jalan Tuanku Antah (Depan JKR Workdshop) Jalan Tun Dr. Ismail (Taman Makmur) ___________________________________________________________________ Bandar Baru Ampangan Selasa Taman Rasah Jaya Fasa 1 Surau Garden Jomes...

Senarai Suku Di Negeri Sembilan..

Hai...ada siapa-siapa yang kelahiran pure Negeri Sembilan tak? haa..arini aku nak cerita sikit je la pasal suku-suku yang ada kat Nogori ni..sebenarnya aku pon tak la berapa nak faham, disebabkan haritu aku ada lepak dengan "Orang Lama" yang masih mengamalkan Adat Perpatih ni aku panggil dia Atok, Penghulu ni...Dan dia sangat lah excited menceritakan tentang suku-suku yang ada dan wujud sejak 500tahun dahulu di Negeri Sembilan..   Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan iaitu: 1. Tanah Datar 2. Batu Hampar 3. Seri Lemak (Solomak Minang) 4. Anak Melaka 5. Mungkal 6. Payakumbuh 7. Seri Melenggang 8. Tigo Batu 9. Tigo Nenek 10. Anak Aceh 11. Batu Belang 12. Biduanda Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari su...

Kraftangan Tradisional Negeri Sembilan

  Di Negeri Sembilan, ada pelbagai kraftangan tradisional yang unik dan menarik. Antaranya: Anyaman: Menggunakan bahan seperti mengkuang, rotan, dan bambu untuk buat barangan macam tikar dan bakul. Tepak Sirih: Bekas tradisional yang cantik dihiasi dengan ukiran untuk letak daun sirih. Tembikar Labu Sayong: Tembikar unik berbentuk labu yang digunakan untuk simpan air. Tenunan Adat Minangkabau: Kain tenunan warna-warni dengan corak unik yang digunakan dalam upacara adat. Songket: Kain berhias benang emas atau perak yang cantik untuk baju rasmi dan majlis perkahwinan. Ukiran Kayu: Seni ukiran kayu yang memperlihatkan keindahan alam semula jadi dan budaya tempatan. Senjata Tradisional: Macam keris dan parang yang mempunyai reka bentuk dan hiasan istimewa. Batik Lukis: Kain batik dengan corak dan warna cerah yang digunakan dalam pakaian tradisional dan kontemporari. Alat Muzik Tradisional: Seperti caklempong dan rebana untuk persembahan muzik dan tarian tradisional. Kraftangan...