"Dalam Setiap Capaian ada Ribuan Alasan Untuk Selalu Bersyukur"
-Agustus-
Korang pernah pergi mendaki ke Bukit Melati di Nilai??
Bukti Melati yang terletak di kawasan Nilai, Negeri Sembilan merupakan satu kawasan yang sesuai untuk aktiviti mendaki. Lokasi tersebut adalah tidak jauh daripada kawasan bandar Nilai sekitar kira-kira 5 kilometer sahaja dan mengambil masa sekitar 10 minit. Ketinggian Bukit Melati ini hanyalah sekitar 350 meter sahaja dari aras laut.
Bukit ini mempunyai laluan perjalanan yang sangat mudah dan santai serta sesuai digunakan oleh semua pendaki terutamanya bagi yang baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki.
Laluan atau trails ke puncak di level moderate. Tak perlu tergesa-gesa dan buat pada kadar kemampuan masing-masing. Yang penting nikmati perjalanan dan pemandangan sekeliling😍 Pada setiap weekend, di bahu jalan atau kaki Bukit Melati ada gerai-gerai penjaja yang kebanyakannya menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Kalau lapar selepas penat mendaki, bolehlah makan minum di sini tanpa perlu start enjin cari restoran.
Bukit untuk didaki oleh para beginner. Bukit yang agak rendah, sesuai untuk ditawan oleh setiap lapisan umur.
Ada banyak 👣 trail yang boleh dilalui untuk sampai ke puncak bukit Melati, Nilai. Antara nya Centipede Hill, Rope Trail, Monkey Hill, Cobra Hill dan Mosquito Hill. Tempat parking yang banyak telah disediakan oleh PBT dan gerai-gerai disepanjang jalan diruang parking. Hujung minggu akan jadi tumpuan dan laluan pendakian akan penuh dengan pengunjung, tidak kira tua atau muda.
Trail tengah lebih mudah dan singkat, untuk yang biasa mendaki, tidak sampai 10min untuk tiba dipuncak. Boleh turun melalui Monkey Hill untuk melayan trail yang agak panjang dan mencabar. Lepas penat mendaki, boleh lepak makan dan minum di kaki bukit sambil menikmati keredupan hutan sekunder di Nilai.
Jadi saya pun bawa keluarga cuba mendaki santai ke sini🤙
Comments
Post a Comment