Pernahkah anda terfikir apa maksud di sebalik nama Negeri Sembilan ini? Ianya sebenarnya dinamakan pada abad ke-16, bersempena dengan persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.
Selain budaya, Negeri Sembilan juga kaya dengan aneka jenis makanan tradisional. Mereka bukan sahaja ada masak lemak cili api, malah hidangan lain seperti pencuci mulut juga turut ada.
Bagi yang tertanya-tanya tentang makanan tradisional Negeri Sembilan, kami ada senarainya buat anda. Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
#1 Masak Lemak Cili Api
Hidangan ini selalunya dibuat dengan lauk seperti udang, ikan daging dan ayam. Yang paling
wajib ada ialah kepedasannya yang merupakan kunci utama menu ini. Jika tak pedas, itu
bukan masak lemak cili api resepi asli Negeri Sembilan.
Apabila bulan puasa , menu ini pasti termasuk dalam senarai makanan ruji untuk sesi iftar. Dimakan pula bersama lauk-pauk yang lain, memang menyelerakan!
Rasa pedas, manis dan masam untuk hidangan ini sememangnya seimbang. Jadi, tidak hairanlah orang yang kurang menggemari sayur pun menggemari tempoyak daun kayu ini.
#4 Wajik
Wajik juga merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Sembilan yang selalunya dihidangkan kepada tetamu pada musim perayaan. Ianya merupakan sejenis pulut manis yang dimasak dengan santan dan nisan kelapa.
Ada beberapa versi wajik yang boleh didapati, ada wajik biasa dan wajik durian. Wajik durian ini sememangnya laku keras terjual, selalunya boleh didapati semasa musim durian.
#5 Kuih Sopang
Nama asalnya Kuih Sepang, namun biasalah jika ianya hidangan tradisional Negeri Sembilan, sudah tentulah namanya diolah mengikut dialek Negeri Sembilan – jadilah Kuih Sopang.
Kuih tradisional ini diperbuat daripada tepung pulut, pisang dan gula melaka dan diisi dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda. Tengok bahan sahaja sudah tahu yang kuih ini memang manis dan boleh bikin ketagih.






Comments
Post a Comment